Pulang

Pulang[Ebook] ➥ Pulang By Abdul Rahim Awang – Oaklandjobs.co.uk Kau sememangnya cantik Lin Kau mampu menggetarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga Kau punya segalanya kerjaya cita cita impian Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra mode Kau sememangnya cantik Lin Kau mampu menggetarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga Kau punya segalanya kerjaya cita cita impian Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang Kau kekeringan kasih sayang yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai Kau mampu membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja Kau perempuan yang paling malang Lin Jalan Pulang untukmu tidak pernah menemui titikIlustrasi Kulit Azhar SenaponTaipografi Kiena Cetakan Pertama . Bila membaca novel ini aku tak dapat mengelak daripada terkenang kembali kisah pembunuhan seorang eksekutif pemasaran yang mendapat liputan meluas suatu ketika dulu Terdapat beberapa persamaan antara cerita dalam novel ini dengan kes pembunuhan tersebutNorazlin gadis yang cantik Namun sayangnya dia sudah salah dalam percaturan hidupnya Menggunakan kecantikannya sebagai aset untuk menjerat lelaki lelaki kaya Bukan kasih sayang yang diingininya tetapi dia cuma mahukan wang ringgit Walaupun berpendidikan tinggi dan berkerjaya tetapi hatinya tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya Dia mahukan kekayaan yang tiada taranya Liku liku hidupnya memang penuh ranjau Mungkin itu dugaannya kerana dirinya yang memilih hidup yang sebegitu Pertemuannya dengan Farouk membuatkan hati yang beku kembali mencair Dia rasa kesunyian Apa gunanya harta berguni kalau hidupnya tiada erti? Dia sudah pandai merindu Sudah pandai merayu Mahukan Farouk tetapi malangnya lelaki itu sudah pun berkeluargaNorazlin ingin kembali pada fitrahnya Tetapi rupa rupanya amat payah untuk dia kembali ke pangkal jalan Ada banyak duri yang menghalang langkahnya Sehebat mana tipu daya Norazlin dalam memancing semua Datuk dan Tan Sri yang terkulai di pelukannya sehebat itulah juga liku liku yang harus ditempuhinya Demi perjalanan untuk mencari kebenaran nyawanya yang dipertaruhkanNovel ini menggunakan empat fragmen yang berbeza Ada Norazlin ? Farouk dan Suhaila Tanda ‘?’ itu kerana aku sendiri tak pasti siapa gerangannya Sepertimana kesudahan cerita ini Ianya dibiarkan menjadi teka teki Siapa sebenarnya dalang pembunuhan Norazlin? Mungkin ramai bekas kekasihnya mahu dia itu mati tetapi siapa?Novel yang berunsurkan pembunuhan dan penyiasatan ini memang menjadi trend ARA sejak dari dulu lagi Secara keseluruhannya karya ini memang tidak mengecewakan dan pada aku kiranya tak rugi untuk dijadikan koleksi SinopsisNorazlin – Cita citanya untuk menjadi Cleopatra zaman moden yang bisa menundukkan setiap lelaki don juan Umpama tunduknya Mark Anthony dan Julius Ceaser di telapak kaki Cleopatra si Ratu Mesir Berbekalkan rupa paras yang cantik serta bentuk badan yang mengiurkan Azlin mengejar Tan Sri Datuk Seri Datuk malah sesiapa sahaja yang mempunyai potensi untuk dia mencapai impian Dalam mencari jalan PULANG Azlin tersungkur Tersungkur pada nasib malang yang menimpa dirinya – kematian yang penuh dengan keaibanFarouk – Dia don juan yang memburu mangsa hanya untuk kepuasan batinnya Dia lelaki ego yang tidak pernah puas Menjadikan wanita sebagai satu objek taruhan Perkenalannya dengan Azlin membuatkan dirinya 'terikat' Terikat pada kepuasan yang dinikmati tidak dengan isteri yang sah digauli Namun Azlin juga menyebabkan dia tersungkur Melontarkan dirinya di balik jeriji besi Menjadikan nasibnya antara hidup dan mati Dan dia akur – semua orang yang mengenali dan mendampingi Azlin akan menjadi malang – itulah sumpahannyaSuhaila – Dia isteri Dia ibu yang terlalu setia pada suami Kerana cinta dia rela dalam keterpaksaan akan segala tindak tanduk sang suami Padanya senjata utama seorang wanita adalah 'rajuk' Namun rajuknya juga telah membuatkan hidupnya terjerat mengheret dirinya sama menanggung malu dengan noda dan dosa sang suami Pulang adalah kisah tentang seorang GRO yang ditemui mati dibunuh di bilik tidurnya sendiri Kisah yang mirip dengan satu kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu Kisah yang pernah menjadi bualan hangatMembaca Pulang hasil garapan ARA membuatkan saya terpaku ARA bijak menyusun ayat Dengan bahasa yang ringkas tetapi tepat dan padat membuatkan saya tidak mampu untuk berhenti walau sesaatPulang terbahagi kepada 4 'buku' Buku 1 – dari sudut Azlin Buku 2 – persoalan yang menjadi tanda tanya siapa pembunuh misteri? Buku 3 – dari sudut pandangan Farouk dan Buku 4 – dari kaca mata Suhaila Pecahan ini menyebabkan terdapat ayat dan frasa yang sama digunakan berulang kali Namun ia sedikitpun tidak mengganggu fokus saya malah saya salute pada ARA kerana bijak bermain dengan pengulangan ayat dan frasa tersebutApa yang lebih menarik ARA sangat arif tentang dunia kepolisan Menjadikan novel ini sangat informatif kepada saya yang 'buta' dalam hal hal yang bersangkutan dengan dunia polis Malah watak ASP Helmi dan ASP Norhayati pegawai polis yang mengendalikan kes pembunuhan tersebut mengembalikan ingatan saya pada novel Ego yang pernah saya baca ARA membuatkan saya menjadi benci pada 'orang orang besar' yang menjadikan kedudukan dan pangkat sebagai senjata Saya jadi meluat dengan Farouk yang ber'tuhan'kan nafsu Walaupun terselit perasaan kasihan saya pada Suhaila adakalanya saya jadi sakit hati Kenapa harus dibiarkan si suami tanpa teguran? Namun segala galanya telah menjadi takdir yang harus diterima dengan pasrahUsai membaca saya insaf Biarlah saya tidak punyai banyak wang Asalkan saya tahu ia dari hasil titik peluh saya yang halal Biarlah saya tidak kaya asalkan saya masih tetap dengan jalan yang diredhai Allah Jalan yang telah dilorongkan oleh kedua orang tua saya dari Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW Moga moga jalan inilah yang akan diikuti oleh anak cucu serta saudara mara dan sahabat handai saya AMEEN Alahaipenamatnya sedikit buat aku kecewapembunuhnya masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat sedikit gambaran dalam Epilog mengenai seorang lelaki bertubuh tegap sedang makanmalahan penyiasatan yang di lakukan oleh pihak polis tidak menyeluruhkenapa tak di siasat duitwang yg di terima oleh Norazlin tuNovel setebal 536 ms ini menggunakan sepnuhnya bahasa baku terdapat 4 Bahagian iaitu Norazlin Siapa Farouk Suhailawatak utamanya Norazlin yang cuba keluar dari kepompong maksiat dalam menjalin hubungan dengan orang2 kenamaan menghadapi pelbagai masalah musibahdi ugut oleh seorang Dato' ancaman drpd isteri2 merekasedikit sebanyak penulis berjaya mencuit emosi simpati aku kpd Norazlin kadangkala aku rasakan Norazlin ni sengaja mencari masalahSedikit unik tatkala penulis mengetengahkan watak demi watak dalam penceritaan bermula dengan Norazlin Farouk Salehamembuatkan aku dapat memahami situasi watak2 tersebutselain pembunuhan terdapat sedikit kisah pencitaan antara Farouk Suhaila konflik rumah tanggaapa2 pun masih boleh di layan Sebenarnya nak bagi 25 jer Dalam buku ni terbahagi kepada 4 buku Rasanya sedap lagi kalau digantikan dengan 'Babak' Norazlin Siapa? Farouk dan Suhaila Secara ringkas kisah Norazlin seorang perempuan simpanan atau GRO mungkin kepada beberapa vvip yang akhirnya ditemui mati dibunuh Kurang gemar dengan bab2 awal kisah perhubungan Azlin dan aktiviti malam2nya Kurang puas hati dengan cerita ni Banyak yang macam hilang macam tu jer Siapa yang bunuh Azlin sebenarnya? Sangat yakin bukan Farouk yang bunuh Polis pula macam tak siasat apa2 dan hanya berpandukan saksi Banyaklah yang buat tertanya2 tapi tiada jawapan yang jelas sehingga keakhirnya tp saya rasa dapat agak siapa yang bunuh sebenarnya tapi siapa dia sebenarnya???? Novel pracetak karya terbaru Abdul Rahim Awang ini aku beli semasa di Pesta Buku 2007 tempoh hari Aku telah mengenetepikan novel novel yang lain untuk membaca novel ini Bukannya apa aku sememangnya suka membaca hasil karya beliauNovelnya kali ini mempunyai empat fragmen Azlin ? Farouk dan Suhaila Penulis menggunakan Azlin sebagai watak utama di samping memuatkan pelbagai kisah di dalam penulisannya antaranya perlacuran sugar daddy kecurangan nafsu seks GRO penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkedudukan dan berpangkat serta bagaimana pihak polis mengendalikan sesuatu kesSecara keseluruhannya karya terbaru Abdul Rahim ini memang tidak mengecewakan dan pada aku novel novel beliau telah banyak memberi aku pengajaran tentang kehidupan Tak rugi untuk dijadikan koleksi 4'¼ ★ Kisah berakhir dengan tragedi bukan saja kerana watak utama kehilangan nyawa dalam hasrat ingin pulang ke pangkuan jalan meninggalkan cara hidup penuh noda dan menggapai kehidupan membahagiakan selari dengan naluri seorang ibu dan isteri tetapi juga kerana pembunuhnya masih bebas tanpa kesan Membaca buku buat kita berfikir rencah kehidupan manusia kosmopolitan masih terlalu banyak cela dan noda memalit hidup dan mati anak bangsa Juga cerita ini pasti membawa ingatan kepada kisah pembunuhan NS tahun 2003 malah senario dan watak dalam hidup dan kematian NS juga banyak persamaan dengan kisah ini Yang tak puas hati watak lintah darah dalam kisah Norazlin lepas tanpa dimalukan Kes NS dulu pun semacam dibicarakan terburu buru sama dengan kes pembunuhan Norazlin Mungkin sebenarnya pihak berkuasa dapat korek banyak maklumat yang membolehkan lebih ramai suspek sama ada yg terlibat secara langsung membunuh atau yang diupah membunuh namun sia sia berharap Tak mungkin transaction telefon tidak digeledah apa lagi akaun bank Ehh saya pula dah tercampur aduk kes NS dengan kisah Norazlin Memang saya tidak layak judging Dalam cerita Pulang penulis menyelitkan naruni seorang wanita yang bersandarkan pembacaan bercita cita mahu menjadi seorang wanita berkuasa dan berharta persis Cleopatra Moden menundukkan lelaki jalang yang tak pernah menang mrlawan nafsu Walau begitu wanita bernama Norazlin ini jelas bukan jenis yang kejam masih rasa bersalah memporak perandakan rumah tangga lelaki yang dilayaninya dia hanya buat apa yang difikirkan cara tersendiri melayari kehidupan yang didambakannya Dato Alex yang bukan Islam tu pun boleh berperi kemanusiaan dan understanding menggalakkan Lin meninggalkan kehidupan kotor dan mencari bahagia berkeluarga menghalalkan duit beratus ribu yang dibelanjakan untuk Lin berbaloi katanya kau tak berhutang apa apa lagi Bagaimana pula dengan Tan Sri dan Dato lain tu? Farouk sebenarnya perhubungan Lin dengan Farouk berteraskan apa? Nafsu semata? Atau ada unsur ego dan emosi di kedua belah pihak? Perasaan Suhaila bila tahu perhubungan syaminya dengan Lin juga membayangkan komplikasi perasaan seorang wanita Teman serumah Lin yang juga tahap bapak dan mak ayam betul kah tidak bersalah langsung? Buku sangat menarik dibaca namun kesedihan masih melanda Hanya Allah yang tahu semua rahsia kejadian